Petikan Ungkapan2 Hakikat

Abu Muhammad Imam Ja'afar Al-Sadiq :
"Allah tidak akan dijumpai sehingga kita betul-betul mahu bertemu denganNya, seperti orang yang hampir kelemasan mahukan pertolongan."

"Rahsia itu dibukakan kepadaku tatkala aku tenggelam dalam cinta Allah."



Owais Al-Qarni :

"Tidurlah dengan mati di sampingmu (sentiasa anggap mati itu sangat hampir) dan bila bangun dari tidur janganlah sangka kamu akan hidup lama lagi."

"Orang yang mengenal Allah sebagai sahabat, tidak akan bersahabat dengan makhluk."



Hasan Al-Basri :

"Sesiapa yang memencilkan dirinya akan selamat. Sesiapa yang memisahkan dirinya dari nafsunya akan merasai kebebasan."

"Orang yang menggali asas dasar dunia ini dan di situ membina bangunan akhirat adalah orang yang bijak."



Malik Bin Dinar :

"Apabila aku tahu keadaan dunia yang fana ini, aku pun tidak peduli tentang pandangan dunia terhadap diriku dan perbuatanku."

"Oleh kerana Allah telah menjadikan aku sahabatNya, maka aku korbankan segala-galanya untukNya dan menghabiskan masaku dengan mematuhi perintahNya."



Habib Al-Ajmi :

"Allah sendiri yang memelihara mereka yang mengabdikan diri kepadaNya."

"Dengki dan cinta kepada dunia mestilah disingkirkan dari hati orang yang betul-betul menuju Allah."



Rabi'atul Adawiyyah Al-Basriyyah :

"Orang yang cinta kepada Allah itu hilang dalam melihat Allah hingga kesedaran kepada yang lain lenyap darinya, dan dia tidak boleh membezakan mana sakit dan mana senang."

"Sewaktu hatiku cenderung hendak mencapai syurga satu ketika yang lampau, Allah telah menjatuhkan sakit kepadaku sebagai hukuman."



Ibrahim Bin Adham :

"Ilmu, jika tidak disertai dengan iman adalah tidak berfaedah."

"Kamu tidak akan dapat masuk dalam golongan aulia Allah sekiranya tidak sanggup menukar tidurmu dengan jaga, kekayaan dengan kemiskinan, kemuliaan dengan kehinaan, usaha dengan pemberian."



Bisyar Al-Hafi :

"Kosongkan rumahmu lebih kosong dari kubur, agar kamu tidak terasa susah meninggalkan dunia."



Dzu'n-Nun Al-Misri :

"Ada dua jalan menuju Allah, satu panjang dan satunya pendek. Jalan yang panjang itu memerlukan kita supaya meninggalkan dunia, meninggalkan hawa nafsu dan menghindarkan dosa. Jalan yang pendek itu ialah meninggalkan apa sahaja selain Allah."

"Tanda datangnya cinta Allah ialah apabila cinta kepada makhluk hilang."

"Sesiapa yang berkata dia pernah melihat Allah adalah sebenarnya dia tidak pernah melihat Allah. Sesiapa yang pernah memandang Allah akan menutup mulutnya."



Abu Yazid Al-Bistami :

"Selama tiga puluh tahun saya mencari Tuhan, tetapi apabila saya fikir dan pandang dengan teliti, saya dapati pada hakikatnya Allah yang mencari dan saya yang dicari."

"Dalam jalan menuju Allah, tanpa kehendakNya sangat susah untuk menghadapkan hati kepadaNya, dan jika dengan kehendakNya senang sahaja berjalan menuju Dia itu."

"Kelazatan berdampingan dengan Allah itu tidak akan aku tukarkan dengan kerajaan dunia."

"Aku ini hamba Allah, kenapa pula kehendakku mendahului kehendakNya."

"Anggaplah kekuatan hidupmu itu hanya untuk hari ini, tidak lebih dari itu."

"Apabila Allah melepas dan memisahkan saya dari semua makhluk dan dikurniaNya saya dengan sinaranNya dan diberinya saya tahu rahsia-rahsiaNya, maka terlihatlah oleh saya Allah itu dengan mata hatiku. Apabila saya bandingkan nur Allah dengan diriku, maka terasa hina dan tidak bernilainya saya. Di hadapan kesucianNya, saya adalah tidak suci."

"Saya dapati bahawa hanya dengan adanya kurniaan Allah untuk memberi daya upaya kepada kita untuk melakukan latihan keruhanian itu sahaja, maka kita dapat melakukannya; oleh itu pelaku pada hakikatnya ialah Allah jua."

No comments:

Post a Comment